LENCANA SEKOLAH

BENTUK ASAS


Bentuk asas lencana adalah mata pena. Ia melambangkan kepentingan pen dalam proses pengajaran dan pembelajaran


MAKSUD LAMBANG


Lambang Siber
Ia membawa maksud pentingnya "IT" dalam pendidikan di era globalisasi ini.


Topi Graduan.
Ia bermaksud matlamat pendidikan masa kini yang berhasrat membimbing semua murid mencapai tahap pendidikan tinggi.


Moto Sekolah " BERILMU, BESTARI, BERAMAL"
Ia membawa maksud misi dan visi sekolah untuk melahirkan satu masyarakat , berilmu, bijaksana, dan bersedia untuk beramal atau menyumbang bakti kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.


Segulung Ijazah.
Ia bermaksud kepentingan pendidikan dalam mencapai tahap akademik yang cemerlang.


Tiga Bulatan Hitam.
Ia mewakili tiga rumpun bangsa dalam masyarakat majmuk Malaysia, juga melambangkan sifat toleransi dan keharmonian antara kaum di Malaysia.


Dua Buah Buku.
Ia melambangkan pentingnya buku sebagai gedung ilmu pengetahuan yang sangat membantu guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


Lima Buah Gelung.
Ia melambangkan pentingnya aktiviti sukan dan ko kurikulum yang dititikberatkan dalam membentuk sahsiah murid supaya menjadi insan yang seimbang.


Warna Biru Laut.
Ia adalah warna rasmi bagi Daerah Dungun. Ia melambangkan maksud keihklasan, kedamaian, semangat juang tinggi dan komitmen warga sekolah terhadap usaha merealisasikan dasar serta visi dan misi Kementerian, Jabatan dan Sekolah.


Bendera Malaysia
Ia membawa maksud taat setia serta cinta Negara setiap warga sekolah.


Bendera Terengganu
Ia membawa maksud taat setia dan kecintaan setiap warga sekolah kepada diri sendiri